Latar Belakang Penubuhan

Pertubuhan Momogun Orang Asal Sabah (OAS) didaftarkan pada 15hb Januari 2024. Awal penubuhan adalah tahun 2019 tetapi tergendala usaha pendaftarannya sehingga 2023 disebabkan Pandemic Covid-19.

Pertubuhan ini diasakan oleh Tuan Stephen Nogiris Sabala, yang berpengalaman bersama Pn. Jelsey Marubil dan Tn. Johori Botohong sebagai penasihat. Setelah menerima sijil pendaftaran pada 23hn Januari 2024, Pertubuhan ini segera mengorek langkah mengadakan mesyuarat untuk seterusnya mengatur mengadakan mesyuarat Agung pada 29hb Januari 2024, buat pertama kali.

Pertubuhan Momogun Orang Asal Sabah (OAS) ini ditubuhkan untuk mempertahankan, memelihara, membela dan melindungi Bangsa keturunan Momogun Orang Asal Sabah (OAS) dan merapatkan hubungan perpaduan serta memupuk semangat kesatuan di kalangan bangsa Rungus, Dusun, Kadazan, Dayak, Kimaragang, Tobilung, Lotud, Tambamuo, Lundayeh, Murut, Dusun Banggi, Dusun Sonsogon, Dusun Paitan, Dusun Tindal, serta etnik lain yang dipercayai penduduk ASAL Sabah, untuk bersama-sama berjuang untuk bangsa dan negara. Setakat ini kandungan Rumpun Momogun Orang Asal terdiri daripada 49 etnik di Sabah. 49 etnik ini bersama-sama mempertahankan, membela, melindungi, memelihara dan berjuang bersama-sama memperhalusi dan membangun Etnik masing-masing melalui Pertubuhan Momogun Orang Asal Sabah-OAS.

49
ETNIK
4
RUMPUN
Keunikan Motif

Kain buatan tangan yang indah ini menampilkan reka bentuk tenunan tradisional yang sering dilihat dalam seni tekstil Asia Tenggara, terutamanya mengingatkan motif yang terdapat di Sabah, Malaysia (seperti daripada suku kaum Kadazan-Dusun atau kumpulan etnik orang asal Sabah yang lain).

Perjuangan Kami

Orang Asal Sabah (OAS)

Perjuangan kami sebagai pertubuhan Momogun Orang Asal Sabah berakar pada usaha mempertahankan identiti, hak, dan warisan budaya yang telah diwarisi turun-temurun.

Berdasarkan perkembangan semasa dan aspirasi komuniti, berikut adalah antara inti perjuangan yang boleh dirumuskan:

Pengiktirafan Identiti Rumpun

Memperjuangkan penggunaan istilah Momogun sebagai identiti kolektif bagi etnik Dusunic, Murutic, dan Paitanic, agar tidak lagi dikategorikan sebagai “lain-lain” dalam borang rasmi kerajaan

Pemerkasaan Bahasa dan Budaya

Menyokong pendidikan bahasa ibunda seperti Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus di sekolah serta memartabatkan seni tekstil, muzik, dan adat resam melalui program komuniti dan festival budaya.

Hak Tanah Adat dan Alam Sekitar

Mempertahankan hak tanah nenek moyang dan sumber asli daripada pencerobohan atau pembangunan yang tidak lestari, serta menyokong pemuliharaan hutan dan sungai yang menjadi nadi kehidupan komuniti.

Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi

Meningkatkan taraf hidup melalui program keusahawanan komuniti, akses kepada pendidikan dan kesihatan, serta memperjuangkan peluang ekonomi yang adil di kawasan luar bandar.

MOTTO dan VISI

MOTTO

  • Adil Ka’talino Be’curamin Ke’Seruga Ba’sengat Ka’jubata
  • Adil Ka’talino’ artinya harus bersikap baik pada sesama manusia.
  • Bacuramin ka’saruga” artinya:
    Harus bercermin, berpandangan hidup seperti perkataan baik di surga.
  • Basengat ka; jubata artinya
    Kehidupan manusia bergantung pada Tuhan yang Maha Esa.

VISI

Semoga bangsa Momogun Orang Asal Sabah bersatu senada. Mempertahankan, memelihara, membela, melindungi dan memperhalusi warisan Budaya, Adat Istiadat kebudayaan, kesenian, pakaian tradisi, sukan tradisi serta Bahasa ibunda etnik Momogun Orang Asal Sabah.


MATLAMAT DAN TUJUAN

  1. Mempertahankan, membela, melindungi dan memelihara keturunan momogun orang asal Sabah.
  2. Merapatkan hubungan kekeluargaan dan memupuk semangat kesatuan serta perpaduan di kalangan bangsa rungus, dusun, kadazan, dayak, kimaragang, tobilung, lotud, tombonuo, lundayeh, dusun banggi, sosogon, paitan, dusuntindal serta etnik lain yang dipercayai penduduk asal Sabah.
  3. Mempertahankan, memelihara, memperhalusi warisan budaya adat istiadat, kebudayaan, kesenian, pakaian tradisi, sukan tradisi dan bahasa ibunda etnik momogun orang asal Sabah.
  4. Menganjurkan aktiviti bercorak kebudayaan, kesenian, adat istiadat, pakaian tradisi momogun dan bahasa ibunda etnik momogun orang asal Sabah.
  5. Mempertahankan, memelihara, mengekelkan adat warisan, batu sumpah mengapad dan barang-barang warisan antik kepunyaan momogun orang asal Sabah.
Join a cleanup
Earth Day 2025
Take the challenge